Thursday, July 9, 2009

SEJARAH

Kelas percantuman kbp bagi kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 Kuala Krai telah ditubuhkan pada tahun 1994 sejajar dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan setiap individu diberi hak dalam pembelajaran sama seperti murid normal yang lain.

Pada awal penubuhan kelas percantuman ini terletak di bangunan yang telah disediakan oleh Kementerian pendidikan, rentetan dari pelbagai peristiwa kelas KBP telah dipindahkan ke bangunan yang uzur dan kekurangan kemudahan. Pada penghujung tahun 1996 kelas ini telah dipindahkan kembali ke bangunan asal yang dilengkapi dengan pelbaai kemudahan. Terima kasih kepada pihak pentadbir yang peka dan mengambil inisiatif untuk meningkatkan taraf PKBP sekolah ini.

Bagi menambahkan lagi keselesaan murid dan guru KBP, pada penghujung tahun 2008 sedikit pengubahsuai dilakukan kepada kelas KBP. Di mana ruang dapur KBP diubahsuai dan ditambah dengan kelengkapan baru seperti cabinet, sink baru. Manakala seluruh kelas dicat dengan warna yang baru, menampakkan keceriaan dan suasana baru kepada murid KBP dan juga guru-guru KBP.

Kini terdapat 22 orang murid berdaftar yang mengalami pelbagai masalah pembelajaran, antaranya Sindrom down, hyperaktif (ADHD), slow learner dan pelbagai kecacatan lain yang dikelaskan di sini dengan didikan 5 orang guru dan dibantu oleh 2 orang pembantu pengurusan murid.

Objektif utama adalah untuk kemahiran mengurus diri, dimana diandaikan bila mereka meningkat dewasa mereka tidak perlu bergantung hidup kepada orang lain. Mereka juga diandaikan mempunyai keyakinan diri untuk hidup dikalangan masyarakat normal. Maka mereka akan dengan pelbagai kemahiran asas dan diajar dalam bidang akademik sebagaimana murid normal yang lain. Apa yang pasti mereka amat memerlukan bimbingan, didikan serta asuhan dan para pendidik yang dipertangungjawabkan untuk melaksanakannya.

No comments:

Post a Comment